IPT.

Mohon Share & Kongsikan Peluang Ini.

Kami mencari anak-anak Asnaf dan anak golongan B40 (pendapatan bawah RM5000 sebulan) dari mana-mana negeri, untuk dibantu melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur.

Kolej ini adalah dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Telah beroperasi sejak 29 tahun yang lepas dan kami telah berjaya melahirkan ramai Graduan yang cemerlang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kelayakan untuk masuk hanya menggunakan keputusan SPM yang sederhana sahaja.

Kami percaya Ilmu pengetahuan merupakan satu cara untuk seseorang lebih maju ke hadapan dan seterusnya mengubah nasib mereka serta dapat membantu keluarga mereka untuk keluar dari kategori Asnaf & B40. InshaAllah

Ini lah peluang kedua untuk mereka, walaupun tidak cemerlang dalam SPM. Kerana kami sedar bukan semua orang mampu untuk menyediakan keperluan pendidikan tambahan seperti tuisyen untuk anak-anak mereka.

Tolong share dan war-war kepada keluarga anda, sanak-saudara, kenalan & rakan-rakan, serta group2 whatsapp tentang peluang ini.

Semoga usaha kecil kita ini diberikan ganjaran oleh Allah SWT kerana apabila kita berusaha untuk bantu orang menuntut ilmu pahala nya amatlah besar.

Antara bantuan yang diberikan kepada pelajar di Kolej Profesional Baitulmal ini adalah:
👉🏾 Yuran pendaftaran ditanggung.
👉🏾 Elaun bulanan RM300 sebulan
👉🏾 Asrama percuma
👉🏾 Tajaan penuh apabila capai keputusan cemerlang
– CGPA 3.5 ke atas
– Asnaf, Fakir, Miskin dan Muallaf sahaja.
👉🏾 Pinjaman PTPTN

Untuk info lanjut anda boleh whatsapp/ hubungi En. Ahmad di talian :
010-3139327

website:
http://www.kpbkl.edu.my

facebook :
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Antara Kursus Yang Ditawarkan: *(Sesi Kemasukan 26 & 27 Jun 2021)*
– Diploma Pengajian Muamalat.
– Diploma Pentadbiran Perniagaan.
– Diploma Pengurusan Industri Halal.
– Diploma Teknologi Maklumat (Keusahawanan)
– Diploma Syariah Islamiyah
– Diploma Pengurusan Zakat & Waqaf
– Diploma Pengurusan Haji dan Umrah.

Janga Lupa SHARE, SHARE, SHARE dan Kongsikan Peluang Ini.

Sekian. Terima kasih.

Ahmad
Tel : 010-3139327

*Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur*